There Is Poetry in Everything, If I Look for It


Kadang-kadang hidup terasa terlalu laju.
Bangun pagi, pergi kerja, balas WhatsApp, fikir tentang komitmen, balik rumah dengan badan yang penat dan kepala yang masih “berjalan”.

Dalam semua kesibukan itu, kita selalu fikir keindahan hanya wujud pada perkara besar - percutian mahal, sunset yang sempurna, atau hidup yang “cantik” seperti di media sosial.

Tapi semakin dewasa, aku mula sedar.

Ada puisi dalam perkara kecil juga. 🤍

Puisi pada bunyi hujan waktu malam ketika semua orang sudah tidur.
Puisi pada secawan kopi yang masih berasap di meja kerja.
Puisi pada langkah perlahan selepas balik office sambil dengar lagu kegemaran dalam kereta.

Ada puisi pada penat yang kita simpan diam-diam.
Pada usaha yang orang lain tak nampak.
Pada hati yang masih cuba bertahan walaupun banyak benda tak menjadi seperti yang dirancang.

Dan mungkin..
hidup bukan tentang mencari hari yang sempurna.

Mungkin hidup sebenarnya tentang belajar menghargai momen-momen kecil yang selalu kita abaikan.

Aku pernah fikir hidup aku terlalu biasa untuk ditulis, untuk dicoretkan.
Terlalu sederhana untuk diceritakan.

Tapi bila aku mula memperlahankan diri, aku sedar -
cara mak panggil nama kita dari dapur itu puisi.
Kucing tidur dekat kaki waktu kita baca buku itu puisi.
Lampu malam yang samar dalam bilik selepas hari yang panjang itu pun puisi.

Everything carries a feeling.
Everything leaves a little story behind.

Kadang-kadang kita cuma terlalu sibuk untuk memandangnya dengan perlahan.

“There is poetry in everything, if I look for it.”

Dan mungkin itu rahsia kecil untuk terus mencintai hidup -
bukan sebab hidup sentiasa indah,
tetapi sebab kita masih mampu menemukan kelembutan di celah-celah hari yang biasa.

So sekarang, aku cuba belajar untuk hidup dengan lebih perlahan.
Lebih menghargai.

Sebab mungkin suatu hari nanti,
kita akan rindu semua perkara kecil yang sedang berlaku hari ini. 🌸

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

0 Comments