Pengalaman Membeli-belah Menggunakan MyKasih di Aeon Big, Alamanda

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share pengalaman sis membeli-belah menggunakan MyKasih di Aeon Big, Alamanda, Putrajaya.


Sis dah rancang untuk gunakan MyKasih ni lewat sedikit dari tarikh pemberiannya pada 31 Ogos yang lalu. Sebab biasanya, sis akan tunggu sistem dah stable dulu, baru sis akan guna. Sama jugak kalau sis nak beli barang-barang yang baru macam gajet ke, kereta ke atau yang lain-lain la. Biasanya sis akan tunggu beberapa bulan selepas keluar produk atau servis tersebut, sebab sis nak dapatkan feedback dan performance review. Tak apa lah kalau orang kata tak up to date, tapi sekurang-kurang sis akan dapat tahu pro dan kontra setiap item yang sis bakal beli. Walaupun dalam hati teringin sangat nak beli. Eh, panjang pulak celoteh kat intro ni. 😅

Memandangkan sis tak ada plan ke mana-mana untuk cuti kali ni, jadi sis ajaklah Bang Fiz untuk gunakan one off MyKasih ni pada Sabtu yang lepas. Disebabkan dah start musim cuti sekolah, jadi parking di Alamanda pun agak lengang sedikit selepas waktu Asar.

Sebelum start shopping, kitorang singgah isi perut dekat Subway dulu. Bukan apa, bahaya kalau shopping dalam keadaan perut yang lapar. Nanti yang bukan-bukan je yang dibelinya. 😂

Selesai makan, kitorang terus menuju ke Aeon Big. Sini memang port sis beli barang keperluan, sebab dekat dengan ofis sis. Senang one way singgah sebelum balik ke rumah. Kalau kat Kajang, biasanya kami akan shopping di Mydin atau Billion, tapi tetap juga Aeon Big di hati. Hehehe.

Kitorang mulakan di tingkat atas Aeon Big. Sis dan Bang Fiz masing-masing bawa satu troli kecil, senang nak buat anggaran perbelanjaan nanti. Kebetulan sis sorang je yang install apps MyKasih di telefon, rajin pulak Bang Fiz suruh scan satu-satu barang yang nak dibeli ni. Suruh dia scan, taknak pulak dia. Bijak-bijak. 😏

Jadi, di sebelah atas kitorang dapat grab:
  • Sabun Lifebouy refill - 2 unit
  • Ubat gigi Colgate twin pack - 2 unit
  • Mouthwash Darlie - 2 unit
  • Pad Libresse - 2 unit

Siap urusan di atas, kitorang turun ke bawah untuk cari item lain pula.
  • Sabun Pencuci Lonkey - 1 unit
  • Kiub Pati Knorr - 3 unit
  • Garam - 2 unit
  • Minyak Buruh 5 kg - 1 unit
  • Sos Cili - 1 unit
  • Tepung Gandum - 2 unit
  • Santan Kara yang bentuk 3 segi - 4 unit
  • Tepung Cucur Adabi (favourite kitorang 😁) - 4 unit
  • Maggi - 2 unit
  • Sardin Cap Ayam - 1 unit (yang ni tak beli banyak sebab sis dah buat stok masa jualan rahmah sebelum ni)
  • Kacang Panggang - 1 unit (ni saje je Bang Fiz tambah last minit) 

Masa nak bayar, kitorang tak perlu beratur pun, sebab semua kaunter boleh baca IC untuk Mykasih. Lega tak perlu beratur lama.

Kira punya kira, Bang Fiz terlajak RM5.05, sis terlajak RM4.05. Jadi, belanja hangus untuk 2 orang hanya RM9.10 saja. Alhamdulillah.

Dah sampai rumah, baru la perasan...

"Bang.. Bukan tadi kita cakap nak beli beras ke?" 😂😂😂

Mujur la kat rumah beras ada kurang separuh lagi. Sekadar dua mulut je yang makan, lambat la nak habis. Hehehe.

With Love, Airene Erawan

Post a Comment

25 Comments

  1. lega tk beratur panjang ye....awal2 aritu je la dgr sistem jammed kn...kita tk tebus lg..tp aritu ic anak dh guna die beli keperluan pad utk die bw blk asrama..beli kt speedmart je tkde org masa tu so masih ada baki lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab risau jammed tu yang x berani nak pergi masa awal2 hari.. risau frust sebab sistem je nanti.. sis memang niat nak habiskan shopping sekali harung je dengan Bang Fiz.. risau lupa nak guna je nanti sampai last minute.. rugi.. hehehe..

      Delete
  2. Alhamdulillah sekali guna banyak juga barang dapat. Aduh, boleh pulak lupa beli barang utama beras tu ye. Saya pun tunggu sistem dah stable dan tak ramai orang beratur. Senang nak membeli. Baguslah semua kaunter function boleh guna. Ada sesetengah pasar raya kaunter asing-asing.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Jimat byk kita bulan ni utk grocery expenses kan sis...=)

    ReplyDelete
  4. tq share senarai barang yg sis beli! saya malas nk download mykasih ni, so baca barang2 apa yg kawan2 blogger n take note :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat apa yang sis check dengan apps: tisu dapur, minyak rambut lelaki dengan barang basah macam ayam, bawang etc. tu yang confirm x masuk dalam list mykasih.. selamat bershopping ye.. hehe.. ^^

      Delete
  5. SARA ni awal2 je jem sebab memasing teruja nak tebus. Sekarang ni nampaknya dah semakin berkurang. Barang basah memang tak boleh. Hanya barang kering terpilih. Banyak jugak boleh dapat dengan RM100. Untung yang dapat MyKasih setiap bulan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu cie.. sekarang pun nampak dah lega sikit kat kaunter2 ni.. mungkin bulan 12 nanti mula la jem balik, yang nak shopping last minute tu..

      Delete
  6. Alhamdulillah sekarang sistem dah stabil. SARA suami Akk dah habis, Akk punya belum redeem lagi.

    ReplyDelete
  7. Dah membeli belah jugak hari tu...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam.
    Alhamdulillah, banyak senarai barang dapat dibeli.

    ReplyDelete
  9. Sama kak. Saya pun bukan tipe yg mengejar viral. Kalau ada sesuatu yg tengah ramai, saya nak lihat dulu, review dan lain2nya. Supaya tak menyesal.

    Lumayan banyak yg bisa dibeli 😍😍. Walau beras terlupa ya 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal.. tengok troli kecil dah penuh.. terus gerak ke kaunter.. lupa terus pasal beras.. hehehehe..

      Delete
  10. heheh part last tu cute hahhaha plan nak beli beras last2 lupaaaa...MZ pun kdg2 gitu jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur la beras kat rumah ada lagi.. kalau tak, kena patah balik jugak la nampaknya.. hehehe..

      Delete
  11. Salam singah, baru klik ke laman ini..insyaAllah akan klik lagi, syukur dapat membeli ..kena sabar berbariskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sekejap sahaja la berbarisnya..

      Delete
  12. Bukan MyKasih la awakkkkk....MySARA. Nasib ada lagi beras kat rumah kan...kalau tak tu korang makan jelah cucur adabi (dah alang-alang korang belikan) hahah.

    ReplyDelete
  13. Lain yang nak di beli lain yang dapat. Nasib ada beras lagi kat rumah kalau tak naya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patah balik kedai la jawabnya kalau beras dah terus habis kat rumah.. hehehehe..

      Delete