Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis sambung semula ye cerita family road trip. 😁
Selepas selesai kami semua menjamu selera di Patin Sungai Soi di Kuantan, Pahang, kami sambung semula perjalanan konvoi kami ke Marang, Terengganu. Nak menuju ke rumah penginapan di Asiah Banglostay.
Alhamdulillah perjalanan kami semua agak lancar, walau pun ada hujan ribut yang bertompok-tompok di sepanjang perjalanan di highway sebelah Terengganu. Macam biasa sis dan Bang Fiz jadi sweeper di belakang. 😅
Sepanjang perjalanan, sis cuma berhenti sekali sahaja di R&R Paka untuk mengisi minyak. Untuk sampai di tempat penginapan kami, kami masuk di simpang keluar Ajil. Tak jauh pun dalam 20-25 minit je nak sampai ke banglostay kami.
Tapi yang kelakarnya, kami sesat jalan bila nak sampai banglostay ni. Bila tengok Waze, macam dah sampai. Tapi salah simpang la pulak, masuk area rumah orang. 😆 Sudahnya, baru la rujuk balik video yang tuan rumah dah bagi hari tu. Tu la, degil sangat nak ikut Waze. Mujur tak masuk parit. Hehehe.
Jadi, ni la tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam. (Sumber gambar Google)

Alhamdulillah. Penginapan ni sangat selesa untuk kami 5 keluarga ni. Cumanya, tuan rumah ni buat konsep minimalis, jadi tak ada meja mekap atau almari/kabinet kecil untuk letak barang keperluan kita dalam bilik tidur. Nasib baik sis ada bawak meja camping dalam bonet. Boleh la jugak guna untuk sementara waktu. 😁
Ni details mengenai Asiah Banglostay ye.
5 BILIK ✅
4 TANDAS ✅
PARKING LUAS ✅
Lot 63730 Jalan Rusila, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu
Area : Rusila, Marang, Terengganu | 10 Minit dari Pusat Bandar Kuala Terengganu | 5 Minit dari Bandar Marang
🏡 ASIAH BANGLOSTAY @ BUKIT PINIS HOMESTAY TERENGGANU For Muslim Only
🏡 Banglo Split Level | Rumah Baru
🛏️ 5 Bilik tidur
🚿 4 Bilik Air
🧱 Kawasan Rumah Berpagar
🪟 Semua tingkap dipasang Grill
🛋 1 Ruang Tamu (1 kipas )
🛋️ 1 Ruang keluarga (2 kipas )
🔪1 Dapur ( Cooker | Fridge | Rice Cooker | SK Magic Dispenser )
👨👩👧👦👨👩👧👦 12-15 dewasa sahaja
🍽️ Dapur, Cooker & Fridge
🥛 Penapis Air SK Magic (Panas, Biasa, Sejuk)
🧼👕 Washing Machine | Laundry
📺 TV | Unifi TV 40 Channels | Durioo+ | YouTube
🧺 Towel | Soap | Shampoo
👚 Iron dan Iron Board
🕋📖 Sejadah dan Al-Quran
Room 1: Tandas | Aircond | Kipas | Katil King
Room 2: Tandas | Aircond | Kipas | Katil King
Room 3: Tandas | Aircond | Kipas | Katil King
Room 4: Tandas | Aircond | Kipas | Katil King
Room 5: Kipas | Katil Queen | Tandas luar bilik (nota: bilik ni sahaja yang di bawah, yang lain semua di tingkat atas)
🏕 Halaman rumah luas dan lapang sesuai untuk pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga anda.
🚗 Ruang Parking Kereta Yang Luas (6 Buah Kereta)
🏖️ Dekat dengan pantai 😎
200 meter dari Masjid Rusila
4.6 km dari Pantai Kekabu
4.8 km dari Pantai Pandak
4.8 Minit dari Pantai Tok Kita
5.3 km dari Jeti Marang / Pulau Kapas
7.2 km dari Masjid Terapung
11 km dari Pantai Batu Burok
14 km dari Drawbridge
14 km dari Pasar Payang
18 km dari Muzium Terengganu
20 km dari Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
22 km dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
5 km dari Keropok Cik Kiah
8.5 km dari Nasi Dagang Atas Tol
13 km dari Hotoh Cafe
Ke mana pulak kami semua lepas ni? Tunggu di next entry ye. Hehehe.
With Love, Airene Erawan.
20 Comments
Cantik banglo ni...
ReplyDeleteDuduk setempat, senang nak beraktivi dan bergerak ke mana² kan
a ah.. tengok macam baru siap dibina lagi ni.. jalan menuju ke banglo ni pun belum di tar sepenuhnya.. senang nak begerak berkongsi kereta kalau perlu.. ^^
Deletedpt banglo besar camni sennag ...ramai2 berkumpul
ReplyDeletebetul tu.. senang semua duduk serumah je.. ^^
DeleteBesar banglo ni selesa untuk 5 keluarga. Betul-betul minimalist ni tak ada banyak perabot. Bersih dan kemas. Ruang pun luas. Okaylah tu kan. Dekat dengan pantai tu yang best tu. Lokasi pun strategik.
ReplyDeletea ah.. tak sampai 15 minit dah sampai jeti pulau kapas.. ^^
Deletecantiknya banglo ni! dapur pun lawa
ReplyDeleteberapa harga semalam ni? :D
Masa adik sis book hari tu dalam rm400 semalam..
DeleteMinimalist betul tu takde meja make up. Susah jugak kita nak bersiap lerak barang2.
ReplyDeleteTu yang gigih bawak meja camping ke tingkat atas.. hehehe..
DeleteSesat pula nak sampai ke tempat penginapan ye. Cantik tempatnya dan nampak luas pula. Dekat dengan pantai yang bestnya tu.
ReplyDeleteTu la pasal.. puas berpusing dalam laman rumah orang.. hehehe..
DeleteSesuai sangat untuk big family ya kak 👍👍😍. Bagus dan cozy nampaknya. Walaupun agak minimalis, tapi bukan something yang fatal. Jadi tetap rekomen untuk stay sana. ❤️
ReplyDeleteInsyaAllah.. sesuai sangat untuk yang travel ramai2 dalam 1 group.. senang nak berkumpul sekali 1 family..
Deletebesar dan cantik banglo ni!
ReplyDeleteCantik2.. petang2 boleh dengar bunyi kambing kat kandang.. pelajar maahad tahfiz yang bela.. kebetulan rumah ni tak jauh pun dari maahad tu..
DeleteCantik homestaynya.
ReplyDeleteCantik2.. fasiliti pun agak lengkap jugak la.. cuma perabot je la tak berapa nak banyak sangat.. hehehe..
DeleteHarga semalam berapa
ReplyDeleteDalam rm400 semalam kak notie..
Delete