Family Road Trip Part 1: Patin Tempoyak Sungai Soi, Kuantan, Pahang

Assalamualaikum w.b.t. semua. Semua sihat-sihat ke tu? 😊 

Hari ni baru ada masa sedikit untuk menulis. Cuti seminggu, kerja pun dah banyak menanti. Hahaha. 

Sebenarnya, ni merupakan first trip as a family sejak Mak Ros dan abah kahwin pada 2019. Road trip kali ni disertai oleh beberapa keluarga dari 4 hingga 8 September 2025.

***

Kereta 1: Mak Ros dan Abah (gerak dari JB)

Kereta 2: Emy (Adik sis), Halim dan seketul Eijaz (gerak dari JB)

Kereta 3: Atiqah (pangkat adik sepupu dari sebelah abah), Suhaimi (Suami Atiqah, Emy jugak panggilannya), baby Ayreen dan Mak Ngah (adik ipar abah) (gerak dari JB)

Kereta 4: Din (adik tiri sis walaupun kitorang dulu 1 kelas masa zaman sekolah, beza 2 bulan je), Baizura dan si kecik Nur (gerak dari KL)

Kereta 5: Sis dan Bang Fiz 😁 (gerak dari Kajang)

***

Hari tu tanya jugak Mak Ros dengan Emy kenapa tak naik sekali je alang-alang dah satu rumah? Dorang cakap muatan penuh, nanti nak shopping tak muek. 😂

Kitorang semua berjanji nak jumpa kat Kedai Makan Mama Intan di Sg. Soi, Kuantan dalam jam 1.00 tengah hari. Tapi dalam Whatsapp Group sis dah cakap siang-siang, sis dengan Bang Fiz bawak kereta slow and steady je. Dorang tak percaya wei. 😅

Sungguh dorang tak percaya. Hehehe.

Malam Rabu, 3 September 2025

Sebelum nak memulakan perjalanan jauh ni, sis dan Bang Fiz keluar la ke Metropoint Kajang untuk membeli last minute punya stok macam ubat-ubatan dan sunscreen. Sebelum balik rumah, kita kasi cuci dulu si BaPaX a.k.a. kereta Bang Fiz. 

Wangi sudah si BaPaX 😁

Pagi Khamis, 4 September 2025

Memandangkan malam tadi pun masih sibuk packing baju dan membasuh baju yang ditinggalkan, jadi masing-masing tidur lewat. Sis sendiri pun jam 4.00 baru nak terlelap. Huhu.

Kitorang gerak keluar dari rumah jam 8.00 pagi. Tapi pergi sarapan dulu, cari tong polistrin putih nak isi keropok lekor nanti, lepas tu baru isi minyak. Tup tap tup tap, jam 9.00 jugak la baru keluar dari Kajang. Lagi pun, Bang Fiz nak elak jem orang pergi kerja pagi-pagi ni.

Geng JB dah gerak awal, dalam jam 7.00 lebih macam tu. Dorang masing-masing share menu yang dorang tapau dalam group. Sis bawak bekal kopi tin dengan air mineral je dalam kereta. Huhuhu.

Nugget wajib ado. 😅

Kek marble ni Emy order dengan kawan sekolah dia dulu, sekarang duduk Tangkak. Pesan siap-siap tinggalkan untuk sis jugak. Terliur. Hehehe.

Bang Fiz bawak kereta sampai stesen minyak BHP selepas tol Gombak. Start dari situ sis pulak bawak. Dia tau sis akan membebel kalau dia yang bawak kat area Gombak-Karak ni. Sudahnya, dia bagi je sis yang bawak. Bukan ape, sis seram dengan kecuraman bukit kat area ni walaupun dah kerap lalu. Jadi, better sis yang bawak sendiri. 😅

Sis bawak sampai R&R Gambang, sebelum rehat jap meluruskan pinggang dan disambung semula pemanduan oleh Bang Fiz. Akan tetapi, bila check dalam group....

Ternyata la sis yang paling belakang sekali. 😂 Sis dah kata, sis dengan Bang Fiz jenis bawak ikut speed limit. Geng JB dah sampai kat tempat yang dituju dah. 12.30 dah sampai. Hehehe.

Sis sampai tempat tu dalam jam 1.20 petang. Kereta yang paling akhir sampai. Orang lain dah start makan dah pun. Hahaha. Tempat ni senang nak cari sebab duduk sebelah masjid, parking pun banyak.


Kedai dia warung biasa je, tapi makanannya sedap-sedap. Kena dengan tekak sis.


Antara menu yang ada di kedai makan ni.

Set Dulang Patin Tempoyak yang dorang order.

Yang ni pulak set patin single. Sis dengan Bang Fiz ambil kepala kali ni.

Bagi sis, kuah dia masam, pekat dan pedas. Terasa tempoyak yang digunakan. Hilang rasa mengidam nak makan tempoyak patin Pahang ni. 😁

Habis makan-makan ni, kitorang semua bergerak ke homestay kami di Marang, Terengganu. InsyaAllah, sis akan ceritakan di next entry ye.

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

9 Comments

  1. Mengiurkan pulak patin tempoyak tu. Tapi sejenis Cie tak makan patin kedai. Masak sendiri atau kaum keluarga masak je Cie makan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. family sis pulak x pandai masak patin tempoyak ni.. kalau patin goreng, lepas tu cicah kicap bawang cili api, yang tu sis pandai la.. ^^

      Delete
  2. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai sambil bercuti. Masing-masing gerak ikut pace masing-masing gitu. Biar lambat asal selamat. Tak sah kalau tak pekena patin tempoyak kan. Tapi kalau saya tak terpakai untuk ayat tu sebab tak makan patin. Baung makan pulak. padahal lebih kurang je. hihi..
    Gombak-Karak tu memang seram sikit jalannya. Kena extra carefull lalu situ, corner baring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang corner baring tu la yang sis risau ckit.. sebab tu sis rela drive kat situ.. sebab sis lebih mahir untuk driving jarak jauh.. Bang Fiz pulak lebih mahir kalau drive dalam kawasan bandar ni..

      Btw, bukan ke patin dan baung tu sedara mara dia jugak? hehehe.. ^^

      Delete
  3. best dpt bercuti ramai2 gini! mencipta kenangan manis utk dikenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. berjaya jugak mewujudkan trip untuk kali ni.. sebab biasanya kalau plan awal2 ni, susah nak bagi jadi.. hahahaha..

      Delete
  4. ahkak pulak terus ambil bas nak pi bercuti almaklumle keluarga kite ramai. Tak sabor ni nak pi bercuti pantai timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin jugak nak buat macam tu kak.. tp masaelahnya, separuh kat utara, separuh kat selatan.. hehehehe..

      Delete
  5. bestnya bercuti dgn keluarga ramai2! saya pun last week dpt makan patin tempoyak otw dari ganu nak balik rumah. singgah temerloh jap. dapat lepaskan rindu kat patin!

    ReplyDelete