Assalamualaikum w.b.t. semua.
Kebetulan hari ni FB ada kongsikan memori raya sis. Masa ni sis baru je posting kat DOSM ni. Kali pertama masuk kerja tetap selepas habis belajar pada 2013.
Dari kiri: sis, Cici, Kak Nurul, Kak Hana Sardan (pencen), Kak Rasyidah (pencen), Puan Salwaty, Kak Nora, Kak Hana Kamarudin. Kalau tak silap, ni team Aras 3 (Alam Sekitar) dulu, sebelum kami gabung dengan team Pertanian di Aras 5.
Dengan akak-akak kesayangan 😘
Unit Alam Sekitar yang dulu. Sekarang tinggal sis sorang jadi fosil kat unit ni. Huhu.
Dari kiri belakang: Abang Ayie @ Sabri, Encik Lan @ Azland, Arwah Abang Din @ Solihuddin, Puan Siti Fatimah dan sis
Mohon sedekahkan Al-Fatihah jua kepada arwah Abang Din yang meninggal pada tahun lepas akibat kanser. Sesungguhnya arwah seorang anak buah yang sangat baik. Dah anggap sis macam anak sendiri.
Sekian coretan untuk kali ini.
With Love, Airene Erawan
17 Comments
Salam singgah..kenangan hidup..gambar kadang menjadikan kita tersenyum melihatnya kan..kenangan manis tul tu
ReplyDeletesenyum, sedih, rindu.. kadang-kadang bercampur-baur.. manusia takkan lari daripada kenangan silam..
DeleteTerkadang sedih memang melihat foto2 kenangan begini. Al Fatihah untuk Abang Din. Semoga kubur beliau selalu diterangi dan dilapangkan
ReplyDeleteameen.. terima kasih atas doanya..
DeleteSekeping foto seribu kenangan. Al Fatihah utk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteameen.. terima kasih atas doanya..
DeleteTingginya airene. Kak Hana Sardan tu akak kenal sebab dia senior asrama sekolah SMSAB muar.
ReplyDeletelaa.. yeke? keciknya duniaa.. hahaha.. ^^
Deletebaru perasan terlebih tinggi kat situ.. yang lain semua saiz comel-comel belaka.. hehehe..
benda yg paling jauh ialah masa lalu...menggamit kenangan sgt kan
ReplyDeletebetul.. tepat sekali MZ..
DeleteSebab tu SA suka bergambar untuk kenangan...kita tau kan..siapa yang akan pergi dulu...
ReplyDeletedulu sis tak biasa bergambar.. mungkin sis sejenis yang pemalu ckit kot.. hehe.. insyaAllah, lepas ni akan ada lebih banyak gambar untuk kenangan..
Deletekak.... tinggi lebih 170cm ke ni. jauh beza dgn ketinggian gadis2 yg lain tau haha jeles!
ReplyDeletefb memory ni memang menggamit kenangan. bila tengok balik diri kita yg dulu dgn sekarang, banyak juga yg berubah kan. termasuklah org yg dah meninggalkan kita. al fatihah buat arwah abang din tu, semoga beliau tenang disana..
hahaha.. kita 166 je awak.. tapi dalam ni nampak sis tinggi macam galah pulak.. hehehe..
Deletebetul tu.. banyak dah berubah.. semoga kita semua pun mampu mendapatkan pengakhiran yang baik.. ameen..
stiap gambar mengimbau memori
ReplyDeleteye.. tepat sekali..
DeleteSemua cantik bergaya, berpakaian tema raya."
ReplyDeleteMacam satu vibe satu kampung datang beraya sambil on lagu evergreen “Dendang Perantau” dalam background