Traffic jam lah pula

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni berangan la nak sampai ofis awal sebelum jam 8.00 pagi. Kena pula highway dari Kajang ke Putrajaya tak sesak sangat hari ni, lagi la fikir "ada chance boleh balik awal hari ni". Hahaha. 

Tapi, apakan daya. Pelamin anganku musnah. Eh? 😂

Sekali dari arah Wetland Putrajaya nak masuk ke roundabout Putrajaya tu jem. Ahh sudah, ada accident ke? Padat semacam je ni. Mengengsot je la perlahan-lahan ke roundabout tu.

Kalau jem ni biasanya sis tak kisah sangat. Kalau jem yang luar biasa ni sis jadi curious sikit. Lagi-lagi laluan ke ofis pulak tu.

Elok je sampai kat traffic light roundabout tu, nampak 3-4 orang pakcik traffic a.k.a polis trafik (Marah pulak si Taufik Abam Trafik kalau panggil dia pakcik. Hehehehe.) Dalam hati fikir, sah ada function (majlis) ni. Tapi, biasanya kalau ada function ni, kitorang akan dapat emel pemakluman awal kalau jalan tutup.

Masa lalu depan Dataran Pahlawan Negara, memang nampak ramai pegawai polis tengah standby depan pagar. Military Police (MP) pun ada juga.

Bila dah sampai ofis, mujur parking masih ada lagi. Kalau tak, dah nak standby block orang je tadi. Bukak whatsapp, baru la terima info ni. Dorang pun lambat dapat info daa.. 😅

Ada sambutan Hari Pahlawan rupanya. 

Ofis sis depan sikit je dari Dataran Pahlawan Negara tu. Nak tak nak, hadap je la jem tu.

Sudahnya, sis sampai ofis nak dekat 8.30 pagi. Huhuhu.

Moral of the story, sila bukak Waze sebelum nak pergi ofis. 😂

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

25 Comments

  1. dah biasa lalu jalan tu pergi balik kerja hari2, memang takde nak bukak waze pun sebab dah hafal jalan. sekali jem terukk pulak dahh. nasib baik sehari je jalan ditutup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. mujur sempat login sebelum jam 9.. kita dah berdebor takut tak sempat.. hehehe..

      Delete
  2. Kat gombak pun kerap jugak jem luar biasa esp if ada accident

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang luar biasa tu la yang rajin buat kita jadi penat duduk dalam jem.. kadang2 sampai cramp urat kaki dibuatnya..

      Delete
  3. Masa dok parcel E dulu dek kerana parking susah sebelum subuh ahkak dah sampai apa lagi kalau ada event kat dataran. Jenuh weiiii jem teruk. Lagi lah kat seboleh je tempatnya. Selalu post master dah bagi warning pasal event kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww.. gigih akak sebelum subuh dah sampai.. tp memang kat depan E tu kalau jem takde ampunnya.. kadang2 jem sebab queue dengan orang yang nak masuk E je.. hahahaha..

      Delete
  4. Selalunya kalau ada event situ, nieyl akan keluar awal kdg-kdg smapai opis kol7 pun pernah masa kerja dkt JPA tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam takde dapat emel apa2 pasal program ni.. mungkin ada yang terlepas pandang la kot.. kalau dapat tau awal, maybe dah redha je la kalau terkena jem pun.. hehehe..

      Delete
  5. yang nie memang debor lah...padahal dah awal keluar, sekali nak dekat tu, baru jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasei.. menung teman dibuatnya.. huhuhu..

      Delete
  6. Betul..Kdg2 haji waze ni berguna disaat2 yg kita perlukn =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tapi untuk macam kes sis ni, memang dah takleh nak tukar laluan dah.. hahaha..

      Delete
  7. hahhahahha glamer dak taufik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dia tiba2 muncul, risau dia merajuk taknak BW sini dah.. hahaha..

      Delete
  8. alamak..jam pulak yer..adoi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kisahnya MA.. mengengsot macam suster ngesot dibuatnya.. huhuhu..

      Delete
  9. Kesiannya pegi opis ngadap jem
    Nasib baik opis wak dalam hutan (kebun)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau jem nak ke kebun ni, cik lembu buat roadblock.. hehehe..

      Delete
  10. Muhamad Taufik..selamat hari pahlawan buat blogger ni kan..Jemd kena sabar , sabar itu iman..apakan daya kan..yang penting selamat

    ReplyDelete
  11. dulu masa duk KL Selangor memang rutin dah hadap jem tu. memang kena keluar awal la setiap hari. kalau jem sekali sekala camni ok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur bergerak jugak ye.. kalau tak bergerak langsung, naya..

      Delete
  12. Kalau ada event, auto jem teruk jadinya. Lambat pulak dapat infonya. Kalau tidak boleh rancang gerak awal atau ikut jalan lain kan kalau ada. Nak tak nak, terpaksalah hadap. Gagal jugalah nak balik awal gitu.

    ReplyDelete
  13. Lalu lintas jadi macet (jam) karena ada perayaan Hari Pahlawan ya Mbak.
    Macet itu membuat kita stress, itu yang saya alami dahulu ketika masih aktif bekerja.

    Salam,

    ReplyDelete
  14. Kalo saya dan suami memang terbiasa selalu buka Waze atau gmaps, nak kemana saja, walaupun dah tahu arah. Sebabnya memang nak lihat traffic 😄

    ReplyDelete