Lihat Kebaikan Dalam Diri dan Orang Lain

 


Ada hari yang buat kita rasa kecil. Rasa tidak cukup. Rasa kurang berbanding orang lain.

Tapi, sewaktu sis duduk diam sejenak, terlintas satu pesanan yang lembut tapi menyentuh hati:

See the good in yourself and in others.

Kata-kata ini sangat ringkas, tapi ia buat sis terfikir panjang. Dalam kesibukan hidup, kita terlalu mudah mencari salah diri sendiri dan orang lain. Kita lupa bahawa setiap daripada kita sebenarnya sedang mencuba, sedaya mampu.

🌸 Diri Kita Juga Layak Dihargai

Kadang-kadang, kita terlalu keras dengan diri sendiri. Kita nampak segala kekurangan dan kesilapan, tapi jarang memberi pujian kepada diri atas sekecil-kecil usaha.

Kalau hari ini kita mampu bangun pagi dan cuba menjadi lebih baik walau sedikit-itu sudah satu bentuk kebaikan yang wajar diraikan. 🌿

Tak mengapa kalau masih belajar. Yang penting, kita masih mencuba.

🌸 Belajar Melihat Orang Dengan Mata Hati

Sama seperti kita, orang lain juga punya cerita yang tidak selalu kita tahu. Mungkin mereka nampak biasa-biasa di luar, tapi sedang menyembunyikan seribu rasa di dalam.

Cuba tengok sekeliling hari ini-cari satu kebaikan kecil pada orang di hadapan kita. Mungkin dia seorang pendengar yang baik. Mungkin dia selalu menghulur bantuan diam-diam. Bila kita latih hati untuk melihat yang baik, dunia terasa lebih tenang dan ringan.

🌸 Ruang Untuk Berkembang

Melihat kebaikan bukan bererti menafikan kelemahan. Tapi ia tentang memberi peluang-pada diri dan juga orang lain-untuk terus tumbuh.

Sis percaya, apabila kita mula melihat dari sisi yang lembut dan penuh kasih, kita sedang menyembuhkan diri.. perlahan-lahan, tapi pasti.

🌸 Hari ini, saya sis untuk melihat yang baik, walaupun sedikit. Pada diri sendiri, dan pada awak juga. 🌸

Terima kasih sudi singgah.

Kalau kata-kata ini menyentuh sedikit ruang dalam hati awak, tinggalkan jejak di ruangan komen atau kongsikan kepada yang memerlukan.

Sampai jumpa lagi di catatan seterusnya. 🌼


With Love, Airene Erawan

Post a Comment

2 Comments

  1. bila kita lihat seseorang dengan mata hati....In shaa Allah kita akan dapat mengenal seseorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. semoga dibukakan mata hati kita semua untuk sentiasa melihat kebaikan.. ameen..

      Delete