Assalamualaikum Ayah

Assalamualaikum w.b.t. semua. Hari ni sis nak share sedikit cerita pasal ayah sis. Semalam 16 Julai adalah hari lahir ayah. Kalau dia masih ada lagi, umur dia dalam 63 tahun.

Ayah sis seorang anggota polis. Masa dia meninggal dunia, dia baru berumur 46 tahun. Lagi 5 hari nak masuk 47 tahun. Dia meninggal di Hotel R&R Seremban arah Selatan. Sekarang hotel tu pun dah takde lagi dah. Sis masa tu baru je 2 minggu masuk Multimedia University (MMU), Bukit Beruang, Melaka. Tahun 2009. Nak buat Asasi kat sana.

Sis ingat lagi malam tu, ayah call sis dalam pukul 11.00 malam, Jumaat. Sis memang tak pernah pergi ke asrama penuh, walaupun ada dapat tawaran beberapa kali. Kiranya, ni la pertama kali sis menjejakkan kali keluar dari rumah, selepas habis SPM. Dan tiada satu hari sis tak call family kat rumah. 

Ayah bagitau yang ayah on the way nak jumpa sis kat Melaka. Siapa yang tak excited kan kalau family datang melawat kan? Sis pun first time rasa homesick. Rupanya ayah lagi homesick anaknya tak ada kat rumah.

“Malam ni ayah ada kat Seremban. Ayah tak larat nak bawak keta. Esok akak datang jumpa ayah k.”

“Ok ayah!” Excited nak jumpa ayah nanti.

Masa ni sis tak perasan lagi, kenapa sis yang jumpa ayah? Bukan ke ayah yang nak jumpa sis esoknya. Maybe sis masa tu tak ada fikir apa. Masih mentah lagi.

Kebetulan pula adik sis tak ikut bersama, ada pertandingan di Taiping. Ayah hantar dulu adik sis ke sekolah. Kiranya ni la kali pertama mak dan ayah sis berdua saja travel. Selalunya ke mana-mana sahaja mesti berempat.

Malam tu, lepas siap sembang dengan ayah, sis tak boleh tidur. Gelisah, ke kiri, ke kanan. Sampai la pukul 2 pagi, baru la terlelap sendiri.

Jam 4 pagi, terima panggilan daripada pak uda yang tinggal di Seremban.

“Kak Ina, Kak Ina siap-siap ye. pak uda datang ambik Kak Ina ye.”

Sis dengan mamai bersiap. Dalam mengemas, tiba-tiba sis capai buku surah yasin. Dalam hati, atok (baca: nenek sebelah mak) ke?

Pak Uda sampai dalam pukul 4.30 pagi. Bila dah masuk kereta, dah naik atas highway Plus, baru la pak uda cerita.

“Ayah dah takde”

Menangis la sis semahu-mahunya ketika itu. Pada masa tu, baru la sis faham apa yang ayah cakapkan pada malam tu.

Sis terus dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar. Sis cari mak sis. Dan dia peluk sis, pelukan yang paling kuat sis rasakan seumur hidup sis. Tapi mak kuat, sejak dari itu, sis tau sis kena jadi kuat untuk mak jugak.

Dari apa yang diceritakan oleh mak, ayah kena sakit jantung tengah malam tu. Sebelum mandi, ayah ada jamah sedikit durian dan pulut rendang yang dibeli dalam perjalanan. Lepas mandi, ayah terus mengadu sakit dada dan jatuh pengsan. Mak cuba untuk buat CPR, tapi tak berjaya. Mak minta tolong, dan alhamdulillah, ada seorang doktor menginap di floor yang sama datang beri bantuan. Doktor tu bagitau yang jantung ayah dah terhenti. 

Disebabkan ayah masih di dalam perkhidmatan, post mortem perlu dilakukan bagi mengesahkan punca kematian ayah. Kami akur. Koroner mengesahkan yang 3 salur darah pada jantung pecah. 

Jenazah ayah dibawa pulang ke rumah atok di Seremban pada jam 9.00 pagi. Adik pula sampai dalam pukul 7.30 pagi. Dibawa oleh guru pengiringnya.

Ayah dulu selalu pesan, kat mana dia meninggal, kebumikan dia kawasan yang berdekatan. Supaya tak menyusahkan. Dia pun dapat nasihat tu daripada Tok Guru Pondok Pak Teh. Jadi, kami pun setuju ayah dikebumikan di Makam Tuan Syed, Seremban. 

Ayah selamat dikebumikan sekitar Zohor, hari sabtu. Alhamdulillah, kawan-kawan sekerja mak dan ayah sempat berkunjung menziarahi. Dorang datang dari jauh. Lebih kurang 6 jam perjalanan. Saudara mara sebelah ayah pun sempat ziarah. Nenek sebelah ayah yang paling terkesan, sebab dalam 10 anaknya, ayah yang pergi dulu. 

Talqin dibacakan oleh salah seorang imam, kawan ayah di masjid. Memang dia berhajat untuk sampai sebelum ayah dikebumikan. Alhamdulillah dia sempat.

Bermula la hidup sis sebagai penguat semangat mak. Sis tahu mak memang kuat, walaupun kadang-kadang ada naik turun juga dalam hidup ni. Semoga mak sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.


Gambar raya terakhir bersama ayah, 2008. Tahun ni sis ambik SPM.

Sekian catatan sis untuk kali ni. Sekadar menulis kenangan. Agar rasa rindu itu tak pernah padam.

Kalau tiada ayah @ Mas Erawan, Airene Erawan takkan wujud hari ini.

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Allahuakbar, menangis kak mieja baca...salam takziah utk ereen saat ereen dan adik masih memerlukan nasihat dan kasih sayang seorg ayah, allah swt ambil beliau. AlFatihah

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnaillahirojiun, rindu pada orang tersayang akan selama-lamanya rindu bila mereka dah tak ada lagi

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnaillahirojiun.. al fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin..
    sedih nya MA baca...Allahu... be strong key. rindu yg paling sakit ialah rindu pada yg dah tiada.. I feel you..hugs...

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnaillahirojiun, semoga roh nya sentiasa bersama dengan orang yang soleh.

    Begitu laaaa prosedur jika masih dalam perkhidmatan..perlu post moterm

    ReplyDelete
  5. Sedihnya baca. Muda lagi umur ayah masa meninggal. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sakit sangat kehilangan ahli keluarga ni.

    ReplyDelete
  6. Sedihnya Aireen 😭
    Ayah Akk pun meninggal masa Akk dekat U.
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
    Kuat ye, utk Mak dan adik Aireen

    ReplyDelete
  7. sebaknya ammi baca...
    muda lagi arwah ayah masa dia pergi tu ye. Semoga arwah ayah Aireen ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
    btw, salam kenal dari ammi

    ReplyDelete