Skip to main content

Books To Be Read

Semalam sis ada pinjam buku baru di perpustakaan. Kisahnya, sis terlewat nak pulangkan buku yang sis pinjam sebelum ni. Librarian dah siap hantar emel reminder. Mujur tak kena denda. Hahaha.

Jadi, inilah buku yang sis pinjam untuk minggu ini (due 1 Julai 2025).


1. Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah by Nazrin Nashir

Sinopsis - "Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Semua macam okey je."
"Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?"

Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan seribu satu pilihan. Masa pula bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta.

Semua ikhtiar kita lakukan, bertanya rakan dan pakar, juga merujuk artikel—agar tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung.

Apa yang silap?

Mungkin, sewaktu kita mencari bantuan daripada orang lain, kita terlupa bahawa tiada pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya;

"Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan,mohonlah pertolongan kepada Allah."

Menerusi buku ini, Nazrin Nashir melakar semula peranan dan makna istikharah;dalam kehidupan yang dipenuhi perkara memeningkan fikiran dan merunsingkan jiwa. Tatkala kita lemas dalam lautan pilihan yang tidak pernah habis, istikharah muncul sebagai rahmat dan penyuluh jalan daripada Tuhan.

2. Susahnya Hidup Dengan Manusia: Bagaimana Menjaga Emosi Apabila Bertemu Orang-orang yang Sukar by Akif Basri & 'Asim Hatta

Sinopsis - "Dia ni tak ada common sense ke?"
"Tak sedar ke apa yang dia buat tu salah?"

***
Dalam hidup ini, kita pasti berjumpa pelbagai ragam manusia yang menyakitkan hati dan mencabar emosi.

Sepupu yang suka bergurau tentang bentuk badan.
Kawan yang acah serba tahu semua benda.
Rakan sekerja yang rasa cara dia saja yang betul.

Sudahnya, kita biarkan saja mereka. Kita cuba kurangkan interaksi dan menjauhi mereka, namun penyelesaian seperti ini selalunya tidak praktikal dan tidak sihat dalam realiti kehidupan. Suka atau tidak, kita tetap perlu bersua muka dengan mereka.

Lalu, bagaimana caranya untuk kita menghadapi orang yang sukar sebegini?

Dalam buku ini, para penulis mengajak kita untuk tidak semata-mata mengelak atau bertahan dengan situasi, tetapi juga mempersiapkan diri dengan skil yang diperlukan dalam berhadapan dengan orang yang mencabar dalam hidup.

Kerana pada akhirnya, mengenali perhubungan sesama manusia juga akan membawa kita untuk memahami batasan emosi diri sendiri.

"Untuk mencapai solusi yang harmoni, seseorang memerlukan tenaga dan kesanggupan untuk berkonflik secara matang dan waras."

3. Makin Diuji Makin Berani - Hamidah Mat & Atriza Umar

Sinopsis - Cicero, seorang ahli falsafah Stoa Rom pernah menyifatkan pengalaman sebagai guru terbaik. Pengalaman, samada baik atau sebaliknya adalah pedoman untuk mendepani hari-hari mendatang. Kesilapan silam mestilah diterima sebaiknya dan ditukar menjadi peringatan untuk tidak diulang lagi. Kesilapan silam jika berlarutan dalam sesalan akan memudaratkan diri, apa lagi jika bercampur dengan sikap menyalahkan diri secara keterlaluan. Pengalaman yang salah, jika ditukar kepada pengajaran dan sempadan, akan mencetuskan keberanian untuk melangkah ke hadapan.

Refleksi yang dirangkumkan dalam buku ini akan membantu pembaca untuk sentiasa melibatkan Allah Taala Maha Pengatur kehidupan manusia dalam apa jua cabaran dan persoalan yang dihadapi. Akhirnya, apa yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan ialah sebuah keberanian yang ditunaskan oleh ujian demi ujian.

4. Ibadah Sehari Hilang Dosa Setahun - Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Sinopsis - Bila Hari kemerdekaan Malaysia ?
31 Ogos

Bila Hari April Fool ?
1 April

Bila Hari Guru ?
16 Mei

Memang mudah untuk kita menjawab soalan- soalan tersebut. Tetapi cuba kita tanya pula "Bila maulidur Rasul ?", "Bila nisfu Syaaban?"ataupun "Bila Nuzul Al-Quran?" Nescaya tidak semudah itu kita boleh menjawabnya. Penekanan terhadap kalendar masihi dan pengaruh budaya barat dalam kehidupan seharian kita kadangkala menyebabkan kita lupa tentang kepentingan tarikah-tarikh penting atau hari-hari kebesaran dalam sejarah Islam.

5. Hidup Ibadat - Dr. Ustaz Hj. Fadzil Hj. Ahmad

Sinopsis - " Di dalam buku ini saya cuba menyusun satu peraturan yang telah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w yang elok sekali diikuti dan diamalkan dalam masa 24 jam kita hidup."

"Di dalam buku ini juga saya adakan ruangan Kemusykilan Agama. Sebenarnya semua kemusykilan ini saya petik dari soalan yang pernah dikemukan kepada saya semasa 'Majlis Ilmu'".

~ Dr. Ustaz Hj. Fadzil Hj. Ahmad ~


InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, sis akan ceritakan apa isi kandungan buku-buku ni ye. 

With Love, Airene Erawan.

Comments

  1. Buku motivasi ni. Hidup ini penuh warna warni mungkin kena belajar bagaimana nak mewarnainya dengan indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu kak.. semoga perkara baik-baik sentiasa mewarnai hidup kita semua ^^

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Personal July Challenge: Cabaran 30 Hari Menulis Blog - Niche Journaling

Hi semua! Hari ni sis nak mulakan satu cabaran baru untuk diri sis. Memandangkan sis masih baru lagi dalam dunia blogging, jadi sis harap dengan adanya challenge ni, sis dapat mengembangkan lagi blog sis ni. One small step at a time 😊 ✨ Kenapa Sis Memulakan Cabaran Ini Sis percaya, menulis bukan sekadar mencatat - ia adalah satu cara untuk mendengar semula suara hati sendiri. Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya: "Apa khabar, hati?" Cabaran 30 Hari Menulis Blog ini sis mulakan kerana sis ingin  berkongsi  - satu catatan kecil setiap hari, yang mungkin boleh memberi makna kepada orang lain juga. Jika anda juga ingin menulis, walaupun perlahan, walaupun tidak pasti... mari kita mulakan bersama-sama. 📖 1 hari, 1 catatan dari hati. Minggu 1: Kenali Diri & Mula Menulis Kenapa saya memilih journaling/ blogging sebagai amalan harian 5 sebab journaling/ blogging buat saya rasa lebih tenang Apa yang saya tulis dalam journal/ b...

Zus Buddy Datang Lagi!

Bagi yang kenal sis personally, sis memang suka minum kopi. Sis memang prefer Zus Coffee sebab harganya yang berpatutan. Sekarang Zus ada keluarkan Zus Buddy, percuma dengan setiap pembelian minimum RM25 dalam satu resit. Semua comel sangat. Nak semua boleh tak? Hehehehehe. So, nak tau ape yang sis dapat grab? Choco Chipster! So cute! Tak sabar sis nak dapatkan kawan-kawan dia yang lain. Doakan sis dapat tau, sebab sekarang dah asyik sold out je ni. Hahahahaha. With Love, Airene Erawan

Surprise Gift!

  Semalam dapat kejutan daripada husband sis. Katanya dapat masa live Shopee Zus. Harga lebih murah kalau beli masa live. Btw, sis memang minat sangat benda-benda comel macam ni. 😁 Dapat banyak pulak free gift. Ada stiker, sampul duit raya. Instant coffee pun ada jugak. Berbaloi pergi ambik parcel sendiri kat guard. 😂😂 Jeng3.. Kita tengok apa yang kena. Yeayy!! Dapat full set I Feel Anxiety!! Thank you so much Abang Sayang sebab support minat isterimu ini. Lepas ni boleh la tukar-tukar keychain kat beg ni. Hehehehe. With Love, Airene Erawan