Assalamualaikum semua. 😁
Terlebih dahulu sis nak mintak maaf sebab menghilang tanpa khabar berita selama nak dekat 4 bulan ni. Ada perubahan besar yang menyebabkan sis terpaksa fokus di luar dunia blog ni terlebih dahulu. Siapa kata sis tak rindu kawan2 blogger? Rindu tau. 😭
Sis dah lama nak citer pasal ni. Cumanya baru sekarang ada masa sedikit untuk sis taip. Haha.
So, apa sebenarnya yang berlaku dekat sis ni?
Sehari selepas sis tulis cerita pasal kucing di ofis sis ni, sis terima emel pemakluman bertukar. Masa tu sis mintak tangguh sampai hujung bulan 10. Alhamdulillah. Terkejut punya pasal sampai lupa nak update kat blog. Hahaha.
So, sekarang kerja kat mana?
Dapat la sis ditukarkan ke Jabatan Imigresen Putrajaya (HQ). Tak jauh pun dari ofis sis yang lama. Environment kerja baru, semangat pun baru. Biasa la adat baru masuk tempat orang, semuanya masih blur2 sotong. Masuk2 dah kena start gear 5, sebab kat sini pegawai statistiknya seorang saja, that's me 😁
Jangan tanya pasal buat passport, sis tak duduk tempat buat passport. Tak khatam lagi sis ni. Hehehe.
Terima kasih kepada teman2 yang bertanya pasal sis sepanjang ketiadaan sis di alam maya ni. Sori sangat2 sebab buat korang semua risau. Yela, tiba2 menghilangkan diri, sape tak risau kennnn?
InsyaAllah, lepas ni sis boleh la update blog ni macam biasa semula. Jumpa lagi ye.
With Love, Airene Erawan 💕

1 Comments
Welcome back! Wahhh betukar tempat kerja rupanya.
ReplyDelete