Assalamualaikum w.b..t. semua. Semalam sebelum balik ke rumah, sis singgah isi minyak di Shell Putrajaya Precint 16. Belakang ofis sis je ni. Kebetulan minyak pun dah tinggal 2 petak je.
Siap je isi minyak, sis singgah masuk dalam kedai jap. Tekak terasa haus pula. Tiba-tiba terpandang satu iklan ni pula. 🤩
Ada Nestle Plushie Blindbox rupanya. Kenapa la tak perasan awal lagi ek? 😂
Apa lagi? Sis grab la air dengan a few snacks. Sis kan masih cut sugar. Sesekali boleh la minum air manis, so semalam sis ambik la air kotak 1 untuk sis. Yang lain-lain, mintak tolong Bang Fiz la minumkan. Hehehe.
Baru tahu rupanya ada 5 jenis semuanya. Nak tahu sis dapat yang mana?
Tadaa! Dapat si budak KitKat ni. Macam bantal petak pulak dah rupa dia. 😁
Siap urusan di petrol pump dalam jam 5.30 petang. Patut biasanya boleh sampai rumah dalam jam 6.30 petang. Tapi semalam ada kemalangan maut dekat simpang ke Serdang dari arah Putrajaya (dekat dengan area kuil di Hospital Serdang), memang sangkut jem teruk la. Sampai tarik hand brake la sis, kaki pun dah cramp masa tu. 7.45 malam baru sampai Kajang.
Sekian catatan sis untuk kali ni.
With Love, Airene Erawan
12 Comments
Comelnya budak KitKat ni. Area kuil tu kan selalu banyak kereta. Buat jem je.
ReplyDeletewahh nestle pun dah buat ala2 zus dah ni berplushie bagai
ReplyDeletearea kuil dekat dgn hospital serdang tu mmng selalu jem. weekend pun kadang2 jemm
Comel la si budak kit kat tu...ooo sis keja kat putrajaya jugak...nanti bila2 bleh la kita jumpa2...kan...
ReplyDeletesaya tak minat plushie... tp anak dara saya suka
ReplyDeleteSeram nya kalau dengar kemalangan NIE..
ReplyDeleteComel je plushie tu
Banyak dah brand buat plushie ni. Comel je si kitkat tu ye.
ReplyDeleteSana sini tengah viral plushie comel² ni kan .
ReplyDeletecomei.. mcm2 plushie sekarang ni kannn
ReplyDeleteDulu selalu balik lalu depan hosp serdang tu masuk ke besraya ke mrr2. Situ kalau jem emm memang masak le kita di buatnya. Sekarang lalu situ time pergi je sebab tol sg besi cuma 60 sen tapi balik lalu Mex highway dan suke-suke sebab cepat sampai rumah walaupun tollnya berganda.
ReplyDeletecutenyaaaaa
ReplyDeleteAwww comelnya kate! Kita ni cepat tergoda kalau tengok benda comel ni kan. Trending pelbagai jenis plushie sekarang ni. Cantik buat keychain sangkut beg ke kunci ke kan.
ReplyDeleteOk, saya pun memang akan ke Malaysia dan menginap di Putrajaya . Jadi nanti nak cari lah plushy ini. Produk2 Nestle pun saya suka. Jadi tak masalah beli produknya utk dapat plushy 😄
ReplyDelete