Kipas Desktop GOOJODOQ Dah Sampai!

Assalamualaikum w.b.t. semua. Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. 😁

Alhamdulillah sis dah selamat sampai kampung mertua di Melaka. Kali ni kita balik kampung ikut jalan dalam je. Tengok highway PLUS tadi dah jem roti. Sebelum kaki sis dan Bang Fiz cramp dalam jem nanti, lagi baik kita ikut jalan jauh. Huhuhuhu.

Semalam, barang yang dinantikan sis telah pun sampai. 😁


Kebetulan sis sampai rumah awal semalam, tak perasan pulak ada parcel dah sampai. Jadi sis mintak je la tolong Bang Fiz ambilkan masa dia balik kerja. Dah naik rumah, malas pulak nak turun. Hahaha.


Taraa! Baru la sis dan Bang Fiz tak berebut dah lepas ni. Hehe.

Setakat yang sis pakai sekarang ni, bunyi kipas ni tak bising sangat. Lepas tu, coverage dia besar. Sesuai la untuk guna dalam bilik tidur juga.

Buat masa sekarang ni, sis bawak balik kampung untuk test dulu. Nampaknya ada peminat jugak kipas ni. Done meracun ipar duai sis. Hehehe.

Harapnya sis tak tertukar la kipas ni lepas ni. Bukan ape, Bang Fiz pun peminat pink tegar. 😂

With Love, Airene Erawan.

Post a Comment

11 Comments

  1. Yeay dah sampai. Bolehlah merasmikan di kampung kan. Sampai saya pun rasa macam teracun jugak ni. hihi..bunyi tak bising dan coverage besar tu sangat okaylah. Tak rugi beli.

    ReplyDelete
  2. Alaaaa....racun la kitorang gak...bagi link..nak beli gak la....ooo mertua orang Melaka...best la balik kg cuti panjang ..SA je x kemana

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Merdeka 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
    Lawa!
    Akk ada satu kipas ni, handheld. Mmg kuat anginnya kan

    ReplyDelete
  4. Racun la kami jugak nak beli letak kat office. Hihi

    ReplyDelete
  5. Yg pink cantiiiiik. Nak cari, tapi kalo ada warna lain , trutama merah, saya pasti suka sangat 😄

    ReplyDelete
  6. hihi..beli 2 senang, sorang satu...kaler pink cantik...

    ReplyDelete
  7. Kaaak, akhirnya saya pun beli, tapi cuma ada warna hitam hahahaha. Tak apalah. Memang cantiiiik lah, kokoh pula . Saya letak di ruang kerja saya, supaya tak sering2 pakai AC 😄. Puas sangaat beli kipas meja ini

    ReplyDelete
  8. brand GOOJODOQ femes dr kipas tgn skarang kipas desktop plak

    ReplyDelete
  9. famous brand ni! my razeen suka beli kipas2 kecik gini...dh ada byk jugak his collection

    ReplyDelete